Friday, December 31, 2010

kenapa buat mcm ni MOHAMAD MUSLIM AHMAD..

kenapa bagus sangat main bola ni.cara awak defend buat saya termimpi-mimpi awak.
MOHAMAD MUSLIM AHMAD congratulations.
walaupun kesalahn gol tp xpe from now u always being my hero <3<3

Sunday, December 26, 2010

first leg untuk MALAYSIA.

I THINK HE IS THE BEST MAN TONIGHT

HIS PICTURE AGAIN? RAWR MUSLIM!

fuh dia memang stylo la! MUSLIM !!!



3-0 That was so good for MALAYSIA.
nampak ketara pertahanan yg bagus untuk Malaysia.good job muslim asra mahali.
good golkeeper! fahmi the kelate.
nice shoot safee ashaari.
sharul.kuna dan lain-lain pun bagus.
tp kenapa anti sangat dengan AMIRULHADI ZAINAL tu..
err...xsuka tgk dia main...
tahniah rajagobal



play for the best this 29th ok..
fuh selamat xmiss this game.hampir2.
semua yg berlaku ade hikmahnya.

ok lah nak bagita saya ada idea2 entri yg tertangguh sebelum 2011...catch up later bye :)

MIMPI INDAH BERSAMA MUSLIM AHMAD.eh nama ayah sama la.!aumm~hi MUSLIM

Wednesday, December 22, 2010

i miss you much too bebeh!

semalam berkesempatan buka blog and i saw an entry bout me.
thanks dhabitah.i miss you too.miss you much.cuti sem ni kita xdpt spent too much time.sorry sgt.  i love you very much.thanks for understand my condition.u are my besties forever. i love miss you ! <3 <3 <3


Tuesday, December 21, 2010

EMAK KUAT LAH WAHAI EMAKKU dan saya perlu jadi lebih kuat dan tabah melalui nya.

hari ni emak selamat menjalani stage kedua kimoterapi.jika ditanya perasaan ku melihat nya.pasti mengalir berderas-deras air mata.saban ari aku melihat dia betapa tabah dan kuat nya menghadapi kehidupan di samping kami.
kadang-kadang melihat dia menahan kesakitan membuatkan aku kagum mempunyai emak seperti dia.
bila emak cakap rambut dia semakin gugur aku yakinkan dia  itu hanyalah mainan perasaan.tapi itulah realiti nya.
betapa luluhnya hati saya dan rasa mcm nak menangis bila di mengadu 'angah tgk ni ,mak dh ckp rambut mak dah gugur'. ingin sekali aku menangis tapi aku tahu aku perlu kuat  di hadapan emak.kami sekeluarga tulang belakang emak.kami perlu menyokong dia walaupun kadang-kadang semenjak sakit emak selalu emosi.namun kami faham itu adalah kesan penyakit nya.hari ni emak kelihatan lesu dan penat.makan pun xlalu.emak yg dulu kuat kini lemah benarlah ALLAH MAHA BERKUASA.


dan  tinggal beberapa hri lagi untuk aku membantu mereka seperti selalu.sesi kuliah dah nak mula.tercuit di hati nak tukar course kt kl.tapi pasti akan bermula dari sem 1. dan tentu emak x izin kan.namu aku harus kuat seperti mana emak kuat.aku harus berusaha seperti mana berusaha.

YA ALLAH SEMOGA AKU TABAH MENGHADAPI SEMUA DUGAAN INI BERSAMA KELUARGA KU.
SEMOGA EMAK TABAH DAN KUAT MENGHADAPI SEMUA INI.




SAYA SAYANG EMAK DAN KELUARGA SAYA.


p/s : hati tolong kuat semangat demi masa depan dan keluarga

Tuesday, December 14, 2010

saya xdekan semester 3 .

10 dec hari tu result dah keluar.
ramai yang bertanye pasal result.so dengan tanpa berselindung saya agitahu.
saya xdekan
pointer saya haya 3.37.
cgpa saya 3.32


jadi result menurun dari semester 2.


arab : A
statistics :B-
macro:B
handball:B+
bel 311 :B+
ctu :A
bisnes comunication :A-


sekian.

Wednesday, December 8, 2010

debaran

tik tok tik tok..jamberdetik.tinggal beberapa hari je result nak keluar .
yes memang berdebar-debar.saya megharapkan DEKAN.tapi kalau fikir2 balik usaha xsetimpal plak dengan DEKAN.tapi saya menharapkan keajaiban berlaku,sebab ….


SAYA NAK DEKAN SEMESTER INI!.


amin~




nantikan keputusan nya!

cuti cuti

cuti-cuti malaysia ,
cuti rehatkan minda..

haha.
mula la nak merepek.jadi apa yang anda dah buat dengan cuti anda? saya selain membesarkan badan yang sedia besar,xde pape pun.

RUTIN harian mcm biasa.bangun kemas rumah masak lipat baju tidur tengok tv.tu je lah. nak keluar selalu pun xboleh sebab xde org jaga mak.so cuti ni lebih bertemakan rumahtangga di mana saya telah mempraktikkan nilai nilai seorang wanita yang berada di rumah.

selain meningkatkan kemampuan memasak dan  mengimprovekan skill lagi.

berfikiran terbuka

saya adalah seorang open minded.TAPI  ada hadnya.
saya xkisah awak nak buat ape,cakap ape ,cerita ape tapi tolong jangan menyusahkan orang lain.




boleh berkongsi apa saja. maksudnya kalau bab percintaan awak nak menduakan boyfriend ke ape ke skandal ke ?saya xkisah sebab bagi saya awak dengan boyfriend pun belum ade katan lagi.lagipun bagi saya belum tentu awak nak kahwin dengan boyfriend awak tu.tapi kalau setia lagi bagus,maksudnya awak menghargai pasangan.


saya boleh mendengar apa saja yang awak mahu cerita.tapi kalau kantoi awak menipu memanglah awak akan jadi bahan sumpah seranah saya.


okeylah saya juga berfikiran terbuka dalam mendengar hal-hal orang dewasa kanak-kanak dan pelbagai.


jadi saya xkisah ape yang awak nk buat asalkan menjaga adab susila dan sopan.

minat-meminati

oh man! handsome nye lelaki tu.
comelnya! sweet!.cute la abg tu..


bait-bait kata ni selalu kita dengarkan .pantang nampak lelaki handsome comel lotei cute semua nk usha.lepas tuh bila ada mata -mata yag xpuas hati tengok mulalah dia cakap kita perempuan gedik.


bagi saya minat tu adalah lurah hidup bagi kita xkiralah perempuan ke lelaki.minat tu xbeerti kita ni sayang dekat seseorang tu.kadang-kadang kita minat tengok muka orang,perangai.jadi tu yg buat kita selalu tengok and berMinat dekat seseorang.
bagi saya MINAT dan SAYANG adalah dua persepsi yang berbeza.
baiklah kalau MINAT dan SAYANG ni sama,katakanlah kita minat 10 lelaki xkan lah kita SAYANG dekat semua kan.
jadi rasanya xsalahlah kalau kita minat kepada beberapa orang lelaki pun tapi biarlah SAYANG kepada yang seorang sahaja.jangan dok gatai nk pi couple banyak2 dahla.


jadi kepada makcik makcik yg mempunyai sifat xboleh tengok orang lain bahagia,biarlah orang tu nk minat berapa byk mamat pun janji dia tau kan dia SAYANG and SETIA dekat sapa.janganlah  dok dengki.hangpa pun ade minat jugak dekat lelaki kan.


mcm saya.I admit lah ada beberapa jejaka yang saya minat.kadag2 mereka jadi pemangkin dalam study.
Sebagai contoh : salted.saya minat dia,sebab muka jawa dia.dalam pada masa yang sama saya kagum dengan pencapaian akademik dia.jadi saya nk jadi mcm dia.ha! kan ke tu bagus.jadikan dia contoh untuk berjaya.cewah! nampak kan dah MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.